16 January 2014

Wajah-wajah dalam kenangan..

Siang bertukar malam. Hari berganti hari. Dari minggu ke minggu. Bulan silih berganti. Tahun turut berubah. Begitulah lumrah kehidupan ini. Yang datang tiba masanya akan pergi. Yang hidup pasti akan mati. Yang tinggal hanyalah kenangan.

Tahun 2013 yang lalu, meninggalkan kenangan tersendiri buat warga SK Tebaang Daro. Dari awal tahun hingga ke penghujung sesi persekolahan 2013. Pelbagai kenangan pahit manis telah tercipta. Kenangan yang pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Namun yang hilang pasti akan dikenang biarpun ada pengganti baru yang datang. Tahun 2013 merakam banyak episod perpisahan tenaga pengajar dan staf SK Tebaang yang berpindah ke tempat lain setelah sekian lama berkhidmat menabur jasa dan bakti buat warga SK Tebaang Daro.

Takdir telah menentukan segala-galanya. Yang pergi tetap pergi. Meneruskan perjuangan di tempat baru untuk mendidik anak bangsa dan berkhidmat untuk negara. Sungguh, warga SKTD merasai kehilangan warga pendidik dan staf yang telah lama berkhidmat dan menabur bakti di SK Tebaang Daro.

Warga pendidik dan staf dalam kenangan..

Ustaz Zulkarnain


Ustaz Azam
Cikgu Yusriza
Ustaz Alias
Cikgu Sofiah
Cikgu Jannah
Cikgu Carolina
Cikgu Amoi

Encik Zaidi
Encik Fitri

Warga SKTD mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas tenaga pengajar dan staf sokongan SKTD yang telah pergi meninggalkan sekolah ini atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di SK Tebaang Daro. Semoga kalian akan lebih berjaya di tempat yang baru khususnya dalam dunia pendidikan ini.


Selamat maju jaya!

No comments:

Post a Comment