22 January 2014

Agihan wang BR1M kepada murid-murid SKTD..

Sekitar agihan wang tunai BR1M kepada murid SK Tebaang Daro petang tadi yang diwakili oleh ibu bapa murid bagi murid yang layak menerima wang BR1M bagi tahun 2014. Pengagihan wang tunai BR1M sebanyak RM100 kepada setiap pelajar yang layak telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di bawah Makmal Komputer SK Tebaang Daro. Ibu bapa kepada murid-murid SKTD telah menerima wang tunai BR1M daripada guru kelas murid masing-masing.

Cg Serinah dan Ustazah Azeyati menyerahkan wang BR1M kepada ibu bapa murid Tahun 3..
Cg. Nik Norhafiza menyerahkan wang BR1M kepada ibu bapa murid Tahun 2..
Cg. Asma' dan Cg. Siti Hajar mengagihkan wang BR1M kepada ibu bapa murid Tahun 5..
Ibu Bapa menunggu giliran berhampiran kaunter penyerahan..
Cg. Hafizuddin dan Ustaz Afif menyerahkan wang BR1M kepada ibu bapa murid Tahun 4..
Guru Besar, Tuan Haji Jaapar Bin Saibin memantau aktiviti pengagihan BR1M..
Guru-guru SKTD sedang memanggil ibu bapa murid yang menerima BR1M bagi kelas masing-masing..
Cg. Saodah turut memantau perjalanan aktiviti agihan wang BR1M..
Ustaz Afif sedang mengisi borang penyerahan BR1M 2014..
AGIHAN WANG BR1M 2014 SK TEBAANG DARO

No comments:

Post a Comment