3 January 2014

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH..


Sesi persekolahan bagi tahun 2014 bermula pada hari ini Khamis, 2 Januari 2014. Bermula dengan perhimpunan yang pertama jam 7.30 pagi bertempat di medan perhimpunan bawah makmal komputer SK Tebaang Daro.

Bergema lagu Negaraku dinyanyikan oleh warga SK Tebaang Daro. Lagu rutin yang dinyanyikan setiap kali perhimpunan diadakan. Perhimpunan ini dikendalikan oleh Cg. Saudah Binti Dor selaku PK Hem SK Tebaang Daro memandangkan badan pengawas belum dilantik.

Ucapan daripada Penolang Kanan 1, Cg. Iskunadi Bin Liap yang menerangkan berkaitan bidang akademik bagi tahun 2014. Penjelasan berkaitan jadual waktu bagi setiap kelas. Guru dan murid diminta mematuhi jadual waktu yang telah diatur oleh pihak sekolah.

Seterusnya, ucapan daripada Guru Besar SK Tebaang Daro, Tuan Haji Jaapar Bin Haji Saibin mengalu-alukan kedatangan guru-guru, kakitangan sekolah dan murid ke SK Tebaang Daro. Beliau juga turut menyentuh tentang rutin harian sekolah kepada warga SK Tebaang. Memberi sedikit peringatan tentang keselamatan sekolah dan sasaran pencapaian akademik bagi tahun 2014 ini. SK Tebaang mensasarkan lebih 70% lulus dalam UPSR 2014 nanti.

Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu Ibu Pertiwiku dan lagu sekolah. Murid-murid beredar mengikut kelas masing-masing dan aktiviti PdP pun bermula seperti yang dijadualkan. Hari ini adalah hari pertama sesi persekolahan sesi 2014 dan admin mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada seluruh warga SK Tebaang Daro.

Bersama mengorak langkah ke arah kecemerlangan SKTD pada tahun 2014. Dengan azam dan semangat yang baru, ayuh kita mulakan langkah ke arah melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam akedemik dan sahsiah agar mampu menjadi bekalan yang berguna pada masa akan datang.

Semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment