2 January 2014

Pendaftaran Murid, Agihan Buku Teks Dan Mesyuarat Staf 1/2014..

Hari ini, 1 Januari 2014 merupakan hari pendaftaran murid ke SK Tebaang Daro dan pengagihan buku teks bagi sesi persekolahan tahun 2014. Ibu bapa hadir untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke SK Tebaang Daro. Sesi pendaftaran bermula jam 8.00 pagi.



Pada hari ini juga, buku teks diagihkan kepada semua pelajar bermula Tahun 1 hingga Tahun 6. Buku diagihkan oleh Guru SPBT, Ustaz Zulkarnain Bin Mat Daud melalui guru kelas masing-masing. Murid-murid yang menerima buku teks dinasihatkan agar membalut buku teks dan menjaganya dengan baik sepanjang tahun. Pada akhir sesi persekolahan 2014 nanti, semua buku teks akan dikutip kembali oleh guru kelas dan akan direkodkan oleh guru SPBT.



Hari ini juga diadakan Mesyuarat Staf 1 di Makmal Komputer SK Tebaang Daro yang dihadiri oleh semua guru dan staf SK Tebaang Daro. Guru Besar, Tuan Haji Jaapar Bin Haji Saibin mempengerusikan mesyuarat dan berkongsi tentang Misi dan Visi SK Tebaang Daro bagi tahun 2014.



Guru dan staf sekolah diberikan senarai tugas bagi sesi 2014 dan jadual mengajar persendirian. Selamat bertugas kepada semua warga pendidik dan staf SK Tebaang Daro. Semoga dapat bersama-sama mengambling tenaga bagi menjayakan segala perancangan sekolah pada sesi 2014 nanti.


Setelah mesyuarat selesai, guru-guru dan staf menikmati jamuan makan di bilik RMT. Alhamdulillah... Rezeki minallah...

No comments:

Post a Comment