Aktiviti ko-kurikulum SKTD telah bermula pada petang tadi yang mana telah diadakan perjumpaan pertama bagi persatuan badan beruniform dan kelab. Aktiviti ko-kurikulum SKTD diadakan pada setiap hari Rabu bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang di bawah kelolaan PK Ko-Kurikulum SKTD, Cg. Mustapha Bin Hashim. Semua murid dan guru diwajibkan menyertai aktiviti ko-kurikulum yang telah diatur dan dirancang oleh Cg. Mustapha.
Murid-murid telah diagihkan untuk menyertai badan beruniform tertentu yang terdiri daripada Persatuan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam. Manakala bagi aktiviti kelab juga murid-murid telah diagihkan kepada beberapa buah kelab seperti kelab Bahasa (BM, BI, PAI, MT&SNS), Kelab Komputer, Kelab Catur dan sebagainya. Setiap orang murid akan mengikuti satu aktiviti persatuan, satu aktiviti kelab dan satu aktiviti sukan pada setiap kali aktiviti ko-kurikulum berlangsung yang dikendalikan oleh guru-guru pembimbing masing-masing.
Aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan pada hari pertama pada petang tadi adalah taklimat daripada PK Ko-kurikulum, Cg. Mustapha. Murid-murid diajar nyanyian lagu negaraku dan juga lagu ibu pertiwiku. Selepas itu, murid-murid berpecah menuju ke kelas mengikut persatuan dan kelab masing-masing. Pada perjumpaan pertama ini, telah diadakan pemilihan jawatankuasa dalam kalangan murid bagi semua persatuan dan kelab yang disertai oleh murid.
Sekitar aktiviti Ko-kurikulum pada petang tadi...
 |
Cg. Mus sedang memberi taklimat tentang perjalanan aktiviti Ko-kurikulum bagi sesi 2014.. |
 |
Murid-murid SKTD tekun mendengar taklimat ko-kurikulum daripada Cg. Mus.. |
 |
Dengar je lah.. |
 |
Cg. Azman turut memantau aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan.. |
 |
Guru-guru bersedia mengikut arahan seterusnya.. |
 |
Murid-murid SKTD bersemangat menjalani aktiviti ko-kurikulum.. |
 |
Murid-murid SKTD menyanyikan lagu negaraku dan lagu ibu pertiwiku.. |
 |
Pengakap 2014 |
 |
PBSM 2014 |
 |
Puteri Islam 2014 |
 |
KRS 2014 |
 |
Rekod jangan tak rekod.. hihihi.. |